TERMS & CONDITIONS

Restrictedly NO COPY of any part in this blog. Any confusions, please forward your issue(s) at wawaiskandar@yahoo.com or just continue reading.

Monday, July 01, 2013

adik rindu abah

Malam 19 Jun 2013 detik paling malang dalam hidup bila aku dah tak boleh panggil abah, abah lagi.

Ya Allah, mohon Kau tabahkan hati kami.
Ko yang mencipta dan kepadaMu jua kami pulang.

Hanya kerana tecekik makanan, abah dimasukkan ke wad ICU.
Selama itulah abah dalam keadaan koma.
Setiap hari setiap masa doa dititipkan untuk abah.
Semoga abah lekas bangun dari 'tidur'nya itu.

Tak pernah aku sangka aku kehilangan abah secepat ini.

Kini, aku fobia andai siapa-siapa tersedak ketika makan.
Aku tak mau mereka senasib abah kelak.

Aku ralat.
Ye, sehingga mati aku tetap ralat.
Aku bukan anak yang baik.
Ketika hayat abah, aku tidak menjaganya dengan sempurna.
Bukan itu mahu ku.
Perpisahan abah dan mama memaksa abah tinggal jauh dari kami.

Andai mama dan abah masih bersama,
Aku yakin semua ini tak terjadi.
Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui ape yang terbaik.

Abah, tenanglah abah disana.
Kini, hanya yang mampu aku kirimkan hanyalah doa setiap masa.
Tak pernah lalai, tak pernah lupa hadiahkan doa kepada abah.

Pada mereka yang punya abah dan mama lagi.
Sayangi mereka, jagalah mereka, hargai mereka.
Belai mereka dengan kasih sayang.

Jangan jadi macam aku. Dah tiada, baru merindu

Iskandar Bin Hj. Ismail,
tenanglah disana disampingNya.
Ya Allah, semoga Kau tempatkan abah di kalangan mereka yang beriman yang Kau kasihi.

Abah, adik rindu abah.

AlFatihah.

Dia Pemberi Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim
 
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya.
Dia memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya
dan Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa
 
(Al-A'raf: 23)
Amin ya rabbal alamin.