TERMS & CONDITIONS

Restrictedly NO COPY of any part in this blog. Any confusions, please forward your issue(s) at wawaiskandar@yahoo.com or just continue reading.

Thursday, March 10, 2011

smartphone atau semakphone?

its quite awhile tak update blog. okie. blog malas tapi best dan rasa di sayangi.
(CITE LAMA LA TAPI)

tanggal 16 Dis 2010 - 8hari awal dari anniversary ke 4. en somi cakap dah tak sabar. dia beli dulu nak surprise katanya. so,on 24th Dis tu takde lah hadiah lagi sebab en somi dah bagi awal. nak tau hadiahnye?

*biarlah org cakap : "i dah pakai lama dah" .. "ish, ketinggalanla u ni" .. "bla bla bla"
tapi ni lebih best kot sebab tak perlu kuar wit pun. en somi nak bagi so, ade sentimental value di situ.
ni untuk isteri tersayang - katanya


ni untuk diri sendiri - katanya

tapi kan, sejak-sejak masing-masing ade smartphone ni, duk makan berdua pun kurang bercakap. masing-masing menghadap semakphone smartphone sendiri jer (sambil tersengih sorang-sorang). situasi ni sgt tak best. anti-social. kat rumah pun begitu. nasib baik nak mintak air tak pakai BBM. kalo tak mmg kena hempuk la,kan? bukan obses tapi banyak sgt noti masuk - katanya. ish! cakap dia, aku pun begitu.

situasi biasa ketika di kedai makan
*sekarang dah berjangkit ke kawan-kawan.

semakphone smartphone ni best tapi kalo gossip dalam bbm tak best la!
kalo masing² sibuk ngan semakphone smartphone masing-masing pun tak best ketika keluar beramai-ramai.
tak harmoni langsung.
=((



xoxo

Tuesday, October 26, 2010

semak+sesak+menyampah

1. sekarang ni musim tag gambar. apa saja gambar dia orang nak tag. dah la takde kena mengena dengan kita, pemilik gambar tu pun kita tak kenal langsung . kalau kenal si Polan tu takpe jugak. aku tak tahu apa motif dia orang buat macam ni. mungkin nak memperlakukan gambar sendiri agaknya. gambar binatang, baju segala nak tag.

2. korang pernah tengok tak kat buletin atau status facebooker & myspacer, minta gambar dia orang di spam dengan komen-komen anda? dan in return, they will do the same favour to you. gila glamour ke? aku rasa, macam budak-budak lah kelakuan tu. nak tunjuk kat orang, gambar dia di hit dengan jutaan komen. ek? malas aku layan budak-budak macam ni!

3. sibuk tanya soalan yang dah pun dijawab dan tertera di About Me/Info section! sape nama? umur berapa? study ke kerja? eh, Helooooo. pandai add orang, tunjuklah kepekaan anda tu membaca profile kita. kan? kalau jadi situasi macam ni, senang je aku buat. response nothing.

4. kenapa ada orang suka kumpul kawan banyak-banyak beribu-ribu, kadang sampai puluh ribu, tapi yang kenal tak sampai dua puluh orang je. aku tak nampak alasan apa yang dia orang guna untuk berbuat demikian. malah aku rasa sangat kasihan dengan mereka ni. ye la, mesti dia orang takde life kan? sampai kumpul kawan di sini. keh keh keh!~

5. mencarut jugak jadi satu trend di laman maya ni. budak-budak ni dengan suka hati dia orang sebut benda-benda yang sulit. saling bermakian, dan saling menyebut kemaluan masing-masing. oh, What The Fish????? lebih melucukan, parents di rumah yang takde kena mengena pun diselitkan jugak. haishhh, memalukan!

6. ada yang kepala otak sengal, minum arak, ambil gambar dan dengan selamba upload di ruang album. tunjuk kat orang bahawasanya dia la makhuk Tuhan paling cool dalam dunia. dia lah sempoi, dan dia lah up-to-date. orang kat depan memanglah sakan memuji. kat belakang mengata bagai.

7. korang upload gambar diri sendiri, lepas tu letak caption "saya hodoh" atau yang sewaktu dengannya. eh, eh, eh... kalau betul cukup hodoh, takkan korang berani nak upload untuk tontonan umum? kan???

8. paling tak boleh tahan, tengok gelagat orang tua miang. upload gambar gi club, minum dan diapit dengan perempuan-perempuan yang seakan "terlupa lokasi rumah dia orang kat mana". eh, encik, awak tu dah berumur, rumah kata pergi, kubur kata mari. tau? jadilah contoh baik kat budak-budak muda ni. *ditujukan untuk orang dalam Facebook aku.

9. ada jugak manusia yang tak faham bahasa melayu. bila dia orang IM tak dilayan, atau minta YM ID tak diberi, sudah-sudahlah. faham sendiri saja la yang anda tu takde dalam senarai OK. jadi janganlah berkali minta YM ID orang lain. sebab orang lain tak macam anda, yang suka bercakap dengan orang yang tak dikenali saban hari. YM tu sebenarnya lebih bagus digunakan untuk bersembang dengan kawan-kawan for real SAHAJA.

10. jika anda tidak dilayan, janganlah melenting dan cakap bukan-bukan pada orang tersebut. "ingat kau lawa ke?" "ingat kau best ke?". naifnya anda sekiranya begitu. ye la, kalau tak lawa, kalau tak handsome, yang kau mula approach tu apa hal? kan? lebih baik delete saja orang tersebut sekiranya anda tidak di layan. takde la semak akaun anda dengan orang yang tak di kenali. ye tak? dah aku tak kenal, tak kan aku nak approve request kau.

11. kalau gaduh, emosi terlebih siap post segala kat status. paling tak tahan siap remove, block lagi si Polan. kononnya tak nak si Polan tau perihal si pengdelete. konon jugak merajuk lah tu. last-last cari si Polan balik dan terus add. pastu siap update relationship status. kalau laki bini gaduh siap satu dunia leh tahu pasal dah update status. tak boleh blah.

12. upload pic naked/half naked pastu siap berbangga ngan komen-komen yang diterima. bile pics tersebut di curik oleh stalker kononnya mula lah sibuk maki-maki, marah-marah. ape jadahnye? yang pi upload bebanyak nape? siap tak ngaku dan kononnya di photoshop kan. ape kehalnya? ish!!


kesimpulannya :
pandai-pandai lah bernetworking tu.

xoxo

Wednesday, September 22, 2010

siap sedia

baik.
silakan continue perangai ko.

jahat.
aku aku atur langkah di belakang ko.

equal.
tapi itu dusta rupanya.

time kaseh.
anugerah terindah dari ko.


xoxo

Monday, August 23, 2010

perlukah begini?

Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya.. kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
“Tak tahu… !” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayah.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu Cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas.
“Bagi makan panadol tu,” balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
“Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
“Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

“Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah” kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
“Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

“Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.



Sumber: Mastika Mei 2004

xOxO