TERMS & CONDITIONS

Restrictedly NO COPY of any part in this blog. Any confusions, please forward your issue(s) at wawaiskandar@yahoo.com or just continue reading.

Thursday, July 15, 2010

jujur. fullstop.

Jujur, sekarang aku rasa sgt sgt sgt down. Mungkin sebab aku tak pasti ape yang aku inginkan dalam hidup. Berfoya-foya? Oh tidak! Aku sudah puas. Tapi aku belum puas dengan hidup. Ya, mungkin! Mungkin benar. Hidup perlu ade tujuan. Cliche aku rasa kalo aku cakap hidup bertujuan kembali kepadaNya setelah berbakti untukNya. Ya, itu semua org tau, sengal!

Ntah. Hidup. Life. Ape yang aku, ko dan mereka nak dalam hidup ni? Fame? Duit berjuta? Atau happiness? boleh aku pilih semua sekali? hmm..Masalahnya tak boleh. Kita tak boleh punya semua yang kita nak dalam dunia ni. Nape eh? Walau kita dah puas berusaha, masih tak dapat miliki semua yang diingini. (dalam wishlist aku berlambak lagi list).

Mungkin. Memang manusia tak pernah puas dengan ape yang dorang ade. Tapi ape je yang dorang ade untuk di puaskan? hmmm. Kadang² eh selalunya kita lupa pada mereka yang tidak punya ape. Kesian tapi kita tak nak bagi atau at least share ape yang kita ade bersama dengan mereka yang tak ade. Pelik kan? Kita kesian tapi kita kedekut. Apakah?

Kau. Mungkin kau telah diciptakan olehNya untuk aku. Mungkin. Setakat ini, masih. Tapi jujur dan senaivenya aku tak tau dan kalo boleh tak nak tau sampai bile ko masih untuk ku. Mungkin esok lusa, tahun depan atau 15 tahun lagi ko dah tak kenal aku lagi. Sape tau? Ape yang akan aku wat masa tu? Menangis meratapi atau gelak gembira. Tapi yang aku tau aku masih punya ko saat ini. Ko mungkin tak sempurna tapi aku takde hal. Aku pun tak sempurna. Itu lah persamaan kita.

Aku tak kan tau bile ko akan pergi. Aku pun tak kan tau bile aku akan pergi. Cuma waktu je yang tak pasti. Tapi yang pasti aku, ko, mereka dan semua akan pergi. Pergi mane? Tujuan lagi.. hmmm.. Papepon kite perlu tujuan tapi kita masih leka. Ok. Aku akan pikirkan mana tujuan aku sekarang. (aku tau lah semua nak ke syurga. bukan itu maksud aku,sengal!)

Semalam. Semalam 14 Julai 2010, genap aku 25 tahun lahir ke dunia. Dah 25 tahun aku leka rupanya. Benar² leka? Tak. Tapi agak leka dengan hidup. Selamat hari lahir untukku. Semoga di berikan rezeki yang banyak sebab aku pun nak jadi kaya cam Kimora Lee. Ahaks. Semoga dipanjangkan umur olehNya sebab banyak lagi benda kebaikan aku nak buat di samping nak cuci dosa² kecil dan bertaubat.

Esok. 16 Julai 2010. Selamat hari lahir Izuddin. Kita bintang sama. Mungkin pasal tu kita sekepala. Mungkin pasal tu jugak kita panas. Panas di sini bukan bermakna hot tapi panas = sering telingkah. Tapi itu bagus. Buat kau kenal aku lebih dalam. Jua buat aku kenal ko lebih lagi. Ko perlu tau yang aku sentiasa perlukan ko. Tapi ko tak tau atau mungkin ko tak nak amik tau. Maaf. Aku banyak salah pada ko. Ko tak tau itu atau ko pura² wat tak tau. Diatas tau dan aku tau. Yang pasti aku sentiasa mahu gembira dan bahagia. Aku tak nak menangis lagi. Aku kememeh. Aku fragile. Aku cengeng. Itu semua aku. (sekarang aku menitis lagi)

Maaf. Aku telah banyak sgt wat salah dan dosa atas dunia ni. Esok kalo mati macam mane ek? Ermmm.. Aku pun tak tau. Takut kalo pikir. Ok. Sekarang tak nak pikir lagi. Esok² pulak pikir. Mungkin aku jahat sangat tu yang aku rasa down sgt sekarang ni. Setiap hari mengharap, berdoa dan meminta dariNya tapi banyak sgt kot yang aku mintak. Manusia kan? Mane pernah puas. Ini pulak aku. Aku sentiasa mahu lebih. Aku memang tamak haloba, kedekut, bakhil dan segalanya. Ko? Macam mane pulak dengan ko? Jangan hanya pandai mencaci dan mencacai jua mengipas. Fullstop.

xoxo

No comments: